ARTIKEL PINJAMAN


Pinjaman Peribadi dikategorikan  sebagai “UnSecured Loan” disebabkan produk ini tidak mempunyai sebarang cagaran dan jaminan berbeza dengan pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan.Di sebabkan itu,syarat kelulusan pinjaman agak ketat dengan mengambilkira kemampuan pemohon untuk membayar balik pinjaman.Berikut diantara beberapa criteria yag diambil kira dalam menentukan kelayakan pemohon:

1.#Kedudukan Kewangan Semasa


Bank akan merujuk kepada sistem CCRIS dan CTOS bagi menentukan kemampuan kewangan pemohon.DSR (Debt Salary Ratio) atau Nisbah Keberhutangan atau Komitmen akan dikira melalui keputusan rekod CCRIS.Rekod Senaraihitam pula dirujuk melalui sistem CTOS.Jika pemohon mempunyai hutang lampau yang tidak berbayar keputusan pinjaman secara Automatik GAGAL.

2.#Status Pekerjaan

Kebanyakan bank juga menilai status jawatan dan kemampuan majikan.Status jawatan rendah,kontrak dan majikan yang tidak kukuh dari segi rekod kewangan memungkinkan permohonan ditolak.Kebanyakan Bank akan memilih Majikan yang kukuh kedudukan kewangan dan status jawatan yang kukuh sahaja.Status kewangan majikan juga boleh dirujuk melalui sistem CTOS.



3.#Panel Majikan

Kebanyakan bank menyediakan pakej khusus untuk majikan yang menyediakan kemudahan potongan gaji.Pakej ini biasanya ditawarkan dengan kadar rendah disamping had pinjaman tinggi.Bank lebih merasakan pakej pinjaman peribadi melalui potongan gaji majikan lebih selamat.Oleh itu penting bagi majikan bekerjasama dengan pihak bank dengan menyediakan kemudahan potongan gaji dan member lebih kemudahan kepada kakitangan.

4.#Cost Of Living (COL)

Kos Sara Hidup ini merupakan elemen terbaru yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.COL ini merupakan penanda aras yang ditetapkan supaya bank lebih berhemah dalam menentukan kemampuan bayaran balik pinjaman oleh pemohon selain komitmen yang sedia ada.Kadar COL ini berbeza-beza mengikut bank sendiri.Oleh itu,bank menetapkan juga kos sara hidup yang perlu ditolak dari kelayakan pemohon selain komitmen sedia ada.Mengambil contoh Bank A yang menetapkan COL sebanyak RM1600 (kawasan Bandar) dan RM 1000 (kawasan luar Bandar).Oleh itu kelayakan pemohon dikira seperti berikut:

Kadar DSR = 60%
Gaji Kasar Pemohon = RM 3000
Jumlah komitmen Gaji = RM 1000
(Epf,Socso dan sebagainya)
Jumlah Gaji Bersih = RM 2000
Komitmen Hutang = RM 500
(rekod komitmen seperti di CCRIS)
Kos Sara Hidup (COL) = RM 1600 (kaw Bandar)
Kelayakan Ansuran Pinjaman = RM3000 x 60% - RM 1000 = RM800
Kelayakan selepas tolak komitmen = RM 800 – RM 500 = RM 300
Oleh itu pemohon layak pinjaman dengan kadar ansuran bulanan RM300
Komitmen termasuk COL = RM3000 – RM 1000 – RM 500-RM 1600 = -ve 100
Dengan mengambil kira COL,maka pinjaman ditolak sebab komitmen semasa melebihi pendapatan


Begitulah BANK menentukan kelayakan pinjaman anda.
Jika Anda mempunyai MASALAH SEBEGINI boleh menghubungi kami untuk khidmat rundingan jika ingin memohon pinjaman peribadi



SEBAB UTAMA PINJAMAN ANDA DITOLAK OLEH INSTITUSI PERBANKAN

Rekod CCRIS Tidak Memuaskan

CCRIS (Central Credit Referance Information System) ialah sistem pengkalan data kredit berpusat yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang merekodkan semua maklumat pinjaman dengan bank-bank di Malaysia.Sistem ini akan menerima input maklumat daripada bank dan akan digunakan oleh semua bank untuk rujukan kredit.Maklumat meliputi semua rekod pinjaman,bayaran ansuran bulanan didalam tempoh masa setahun,permohonan yang sedang diproses dan rekod akaun dibawah pemerhatian khas.
Sistem Pemprosesan Kredit yang dimiliki oleh bank biasanya akan secara Automatik di selaraskan dengan sistem CCRIS.
Semua Bank telah auto setting Sistem Pemprosesan Kredit mengikut syarat masing-masing.



REKOD PINJAMAN
Didalam sistem CCRIS,semua rekod pinjaman perumahan,pinjaman peribadi,kad kredit,pinjaman kenderaan,pinjaman Aeon,pinjaman PTPTN,pinjaman ASB,Overdraft dan apa jua rekod kewangan melibatkan Bank akan tersenarai.Status akaun juga akan dikemaskini samada rekod O (Outstanding),R (Reschedule),T (Term Loan),K (AKPK) akan direkodkan.Jika kita ada akaun dengan rekod R,T & K memang agak sukar untuk pinjaman diluluskan.Rekod ini juga akan digunakan oleh pihak bank untuk mengira KOMITMEN bulanan kita.Pastikan Semua Jumlah ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada Jumlah Pendapatan Tetap Bulanan kita.

REKOD BAYARAN ANSURAN BULANAN
Rekod bayaran bulanan selama setahun akan dicatatkan pada sistem CCRIS.Rekod ini dinyatakan dalam nombor 0,1,2,3,4 … dan seterusnya mewakili ansuran bulanan yang tertunggak.0 bermaksud tiada tunggakan,1 mewakili tunggakan sebulan dan seterusnya.Kita perlu memastikan rekod bulanan tidak melebihi 2 bulan.Oleh itu pastikan bayaran bulanan dibuat mengikut jumlah yang TEPAT sebelum tarikh tamat bulanan.Jika bayaran dibuat selepas tarikh tamat,rekod akan menunjukkan tunggakan untuk bulan tersebut.Rekod ini tidak akan hilang walaupun bayaran terkini telah dikemaskini.Rekod akan kekal didalam jangkamasa setahun.

AKAUN DIBAWAH PEMERHATIAN KHAS (Special Attention Account SAA)
Akaun SAA ini merekodkan jenis akaun yang telah mengalami tunggakan bayaran melebihi 3 bulan (kebiasaan) atau akaun yang sedang mengalami NPL (Non Performing Loan) mengikut bank masing-masing.Jika kita menerima notis tunggakan atau notis tindakan undang-undang oleh pihak bank,kita perlu tahu bahawa akaun ini telahpun diletakkan dibawah Pemerhatian Khas.Jika kita ada akaun jenis ini,semua bank akan menolak apa jua permohonan pinjaman.Untuk akaun SAA ini,jika nak hilangkan dari sistem CCRIS,bank akan meminta pembayaran penuh dilakukan (Full Settlement).Jadi Pastikan akaun anda tidak diletakkan dibawah SAA ini.


REKOD PERMOHONAN PINJAMAN
Di dalam Laporan CCRIS,terdapat ruangan yang mencatatkan status permohonan yang sedang diproses dan yang baru diluluskan.Bank akan mengambil kira permohonan lain yang sedang dibuat sebelum memberikan sebarang kelulusan pinjaman.  

SEMOGA PERKONGSIAN CCRIS ini dapat memberikan sedikit pencerahan kepada kita sebelum membuat sebarang permohonan pinjaman dengan Bank.
Walaubagaimanapun,banyak lagi Faktor yang diambilkira oleh pihak bank seperti rekod peribadi,status pekerjaan,status syarikat/majikan,rekod Komitmen,tangga gaji,jawatan dan sebagainya.

Jika anda INGIN MENDAPATKAN KHIDMAT kami bagi MEMBANTU anda mendapat Pinjaman Peribadi Melalui Bank & Koperasi Boleh layari www.pinjamanpusakop.com untuk Khidmat Rundingan dan Semakan Kelayakan Anda.