Pinjaman Peribadi dikategorikan sebagai “UnSecured Loan” disebabkan produk ini tidak mempunyai sebarang cagaran dan jaminan berbeza dengan pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan.Di sebabkan itu,syarat kelulusan pinjaman agak ketat dengan mengambilkira kemampuan pemohon untuk membayar balik pinjaman.Berikut diantara beberapa criteria yag diambil kira dalam menentukan kelayakan pemohon:
1.#Kedudukan Kewangan Semasa
Bank akan merujuk kepada sistem CCRIS dan CTOS bagi menentukan kemampuan kewangan pemohon.DSR (Debt Salary Ratio) atau Nisbah Keberhutangan atau Komitmen akan dikira melalui keputusan rekod CCRIS.Rekod Senaraihitam pula dirujuk melalui sistem CTOS.Jika pemohon mempunyai hutang lampau yang tidak berbayar keputusan pinjaman secara Automatik GAGAL.
2.#Status Pekerjaan
Kebanyakan bank juga menilai status jawatan dan kemampuan majikan.Status jawatan rendah,kontrak dan majikan yang tidak kukuh dari segi rekod kewangan memungkinkan permohonan ditolak.Kebanyakan Bank akan memilih Majikan yang kukuh kedudukan kewangan dan status jawatan yang kukuh sahaja.Status kewangan majikan juga boleh dirujuk melalui sistem CTOS.
3.#Panel Majikan
Kebanyakan bank menyediakan pakej khusus untuk majikan yang menyediakan kemudahan potongan gaji.Pakej ini biasanya ditawarkan dengan kadar rendah disamping had pinjaman tinggi.Bank lebih merasakan pakej pinjaman peribadi melalui potongan gaji majikan lebih selamat.Oleh itu penting bagi majikan bekerjasama dengan pihak bank dengan menyediakan kemudahan potongan gaji dan member lebih kemudahan kepada kakitangan.
4.#Cost Of Living (COL)
Kos Sara Hidup ini merupakan elemen terbaru yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.COL ini merupakan penanda aras yang ditetapkan supaya bank lebih berhemah dalam menentukan kemampuan bayaran balik pinjaman oleh pemohon selain komitmen yang sedia ada.Kadar COL ini berbeza-beza mengikut bank sendiri.Oleh itu,bank menetapkan juga kos sara hidup yang perlu ditolak dari kelayakan pemohon selain komitmen sedia ada.Mengambil contoh Bank A yang menetapkan COL sebanyak RM1600 (kawasan Bandar) dan RM 1000 (kawasan luar Bandar).Oleh itu kelayakan pemohon dikira seperti berikut:
Kadar DSR = 60%
Gaji Kasar Pemohon = RM 3000
Jumlah komitmen Gaji = RM 1000
(Epf,Socso dan sebagainya)
Jumlah Gaji Bersih = RM 2000
Komitmen Hutang = RM 500
(rekod komitmen seperti di CCRIS)
Kos Sara Hidup (COL) = RM 1600 (kaw Bandar)
Kelayakan Ansuran Pinjaman = RM3000 x 60% - RM 1000 = RM800
Kelayakan selepas tolak komitmen = RM 800 – RM 500 = RM 300
Oleh itu pemohon layak pinjaman dengan kadar ansuran bulanan RM300
Komitmen termasuk COL = RM3000 – RM 1000 – RM 500-RM 1600 = -ve 100
Dengan mengambil kira COL,maka pinjaman ditolak sebab komitmen semasa melebihi pendapatan
Begitulah BANK menentukan kelayakan pinjaman anda.
Jika Anda mempunyai MASALAH SEBEGINI boleh menghubungi kami untuk khidmat rundingan jika ingin memohon pinjaman peribadi